Wednesday, April 10, 2013

0

Game Rules 101 (TAKRAW)

Posted in

TAKRAW

PEMAIN-PEMAIN
Kejohanan Antara Regu:
1.  Setiap university hendaklah menghantar sekurang-kurangnya 1 regu.

2.  Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 6 orang
pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan).
Kesemuanya mesti didaftarkan.

3.  Pertandingan akan diadakan secara liga (2 kumpulan) dan ‗knock out‘ untuk separuh
akhir dan akhir.

4.  3 orang pemain mestilah berada digelanggang semasa pertandingan dijalankan.

5.  Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain
di kejohanan ini dan dianggap kalah melainkan pemain dikenakan kad merah dan
diarahkan keluar gelanggang, regu tersebut boleh bermain dengan 2 pemain sahaja
tanpa melakukan pertukaran.

KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA
1.  Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak
gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.

2.  Tekong yang membuat sepak mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam bulatan
sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada diluar bulatan sepak mula untuk
menyepak bola.

3.  Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada didalam suku
bulatan masing-masing.

4.  Pemain regu lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam petak
gelanggangnya.

PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.
1.  Perlawanan dikendalikan oleh Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pengadil Garisan.
Regu yang memilih sepak mula, memulakan permainan pusingan pertama. Selepas
tamat pusingan pertama, kedua – dua regu hendaklah menukar petak gelanggang
untuk memulakan pusingan kedua.

2.  Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata.
Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, campakan
semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi Pengadil kepada
pemain tersebut. Jika masih melakukan kesalahan yang sama maka dianggap batal.

3.  Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam
gelanggang masing-masing.

4.  Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau
tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan.

PERKARA-PERKARA BATAL
Pihak Sepak Mul
1.  Apit yang membuat campakan, memain - mainkan bola ( menghempas, mencampak
dan lain - lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

2.  Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau menyentuh
jaring semasa membuat campakan.

3.  Tekong (server) melompat semasa melakukan sepakmula atau kaki memijak garisan
bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.

4.  Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.

5.  Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang
lawan.

6.  Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

7.  Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

8.  Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan
sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain object bagi
membantu melakukannya.

9.  Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil
mengumumkan mata buat kali kedua.

Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
1.  Melakukan tingkah - laku yang boleh menganggu atau membuat bising atau
menengking pihak lawan.

Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
1.  Pemain memijak garisan tengah ( kecuali semasa ‗follow Through‘ selepas
melakukan rejaman atau hadangan )

2.  Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan.

3.  Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama
ada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa ‗follow –through.

4.  Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

5.  Bola menyentuh tangan.

6.  Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan antara kedua - dua paha
/ kaki atau badan.

7.  Sebarang anggota atau peralatan pemain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau
jatuh ke kawasan gelanggang lawan.

8.  Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

9.  Mana - mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan
sepakkan.

SISTEM KIRAAN MATA
1.  Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula,
satu mata akan diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya.

2.  Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata, tetapi sekiranya
mata berada kiraan 20-20, tambahan 5 mata diberi menjadi 25 mata. Mana- mana regu
mendahului 2 dan 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.

3.  Permainan dimainkan dalam 2 pusingan dengan 2 minit rehat diantaranya.

4.  Jika masing-masing regu memenangi 1 pusingan, permainan akan di tentukan didalam
pusingan ketiga yang dinamakan pusingan ‗tie-break‘ dengan 15 mata. Sekiranya
kiraan mata berada pada 14-14, tambahan 3 mata diberi menjadikan 17 mata. Mana -mana regu mendahului 2 atau 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.

5.  Sebelum pusingan ‗tie – break‘ bermula, Pengadil akan membuat undian dan regu
yang memenangi undian akan melakukan sepak mula. Tukar petak gelanggang akan
dilakukan apabila satu regu mendahului kiraan mata 8.

0 comments: